Selamat Datang...

About Me

My photo
Seorang hamba Allah yg cuba mencari keredhaan-Nya

Pesanan Penaja...

Al-Baghdadi


     Kursus Teknik Al-Baghdadi ini merupakan satu teknik terbaru yang diperkenalkan bagi memudahkan sesiapa sahaja tak kira tua atau muda untuk mengenal dan belajar membaca Al-Quran. Teknik ini juga mampu mengubah sistem pembelajaran Al-Quran di seluruh negara dengan menggunakan teknik dan cara yang berkesan.

        Ia terbuka kepada semua lapisan umur. Dengan menggunakan teknik ini, anda dijamin mampu mengaji dalam masa 3 bulan dengan mengikuti kelas-kelas yang diaturkan. Ramai yang telah membuktikannya, termasuk kanak-kanak berumur 5 tahun. Mari didik anak-anak kita mengaji lebih awal dengan cara yang terbukti berkesan.

      Teknik ini telah direka oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi. Beliau telah dilahirkan pada 15 Januari 1970 di Kg. Berhala Gantang, Pahang. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Universiti Saddam, Baghdad, Iraq pada tahun 1998. Beliau berpengalaman sebagai pegawai penyelidik AASHSB, ketua pegawai dakwah WSSB, ketua pegawai eksekutif AUSB, lembaga pengarah EZ Qurban dan lembaga pengarah Syihab Resources. beliau juga berpengalaman dalam menyusun dan mengendalikan program kursus dan latihan kepada guru-guru serta ibubapa di seluruh negara hampir 10 tahun khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab.

Oleh itu, teknik ini diyakini dan dijamin mampu mengajar anda atau anak-anak anda mengaji Al-Quran. Sila hubungi no yang tertera di poster.
Category: 0 comments

No comments:

Followers