Selamat Datang...

About Me

My photo
Seorang hamba Allah yg cuba mencari keredhaan-Nya

Pesanan Penaja...

Showing posts with label Renungan.... Show all posts
Showing posts with label Renungan.... Show all posts

Al-Quran, pembersih hati...

Assalamualaikum...
hari nie insyaAllah aku nak sikit tentang Al-Quran...
dikisahkan seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca Al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya juga cucunya mengaji Al-Quran.

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Setiap hari, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa paksa diri membaca sesuatu yang kita sendiri x faham?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya masih tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul itu. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.

Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Mengumpul kebaikan...

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”                                                 (Muslim)

Huraian:
Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya.
Dengan cara ini masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong dapat diwujudkan. Sebaliknya mencari-cari keburukan orang lain dan menyebarkannya pula adalah satu tanda kemunafikan kerana disebabkan perkara tersebut sesuatu kejahatan yang dilakukan itu boleh menjadi pemangkin kepada orang yang sepertinya agar lebih agresif dan liar dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat menjadi rosak. Sesungguhnya balasan Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dalam bentuk yang menyerupai amalan yang dilakukan itu.

Melepaskan kesusahan saudaranya = Dilepaskan kesusahan di akhirat
Melapangkan saudaranya yg dlm kesempitan = Dilapangkan kesempitan di dunia dan akhirat
Menutup keburukan saudaranya = Ditutup keburukan di dunia dan akhirat
Kita tolong rakan = Allah akan tolong kita

so,marilah kita tolong menolong rakan-rakan kita... :)

Lidah kelu disaat kematian...

Salam...

Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti Menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui....Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak,hampir ajal tidak dapat berkata apa2 lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh taknak mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah pasti akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin...

Kasih ayah kepada anaknya...

Salam semua...

hari nie aku nak bercerita sikit...
tentang kisah seekor gakak...

Pada suatu petang seorang tua bersama anaknya yang baru tamat pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan sekitar mereka.Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.Si ayah menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, "Nak,apakah bendenya itu?" "Burung Gagak", jawab si anak . Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah..." Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang2, lalu menjawab dengan nada suara lebih tinggi,"BURUNG GAGAK!!"
Si ayah terdiam seketika.Namun,tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yg hendak tak hendak melayan si ayah,"GAGAK la ayah..."
  Tetapi agak mengejut kan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama.Tetapi ,kali nie si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi  marah." AYAH!!! Saya tak tahu sama ada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan yang sama dan saya sudah pon menjawabnya. Apa lagi yang  ayah mahu saya katakan?Itu burung gagak,burung gagak laa............", kata si anak dengan nada yang begitu marah.
  Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan bende itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ia sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.
  Si anak pun membaca perenggan yang berikut.....Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur 5 tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran.Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya,"Ayah,Apa itu?".
Lantas aku menjawab ," BURUNG GAGAK"
  Walaubagaimanapun, anakku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawapan yangsama.Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian.Demi cinta dan sayang ku padanya, aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.Aku berharap ia menjadi satu pendidikan yang berharga.
  Setelah selesai membaca perenggan itu si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara,"Hari ini ayah baru bertanya kepada kau soalan yang sama sebanyak lima kali , dan kau telah hilang sabar serta marah."
Oleh itu, pengajaran moral daripada sketsa ini, seseorang anak WAJIB menghormati ayah apatah lagi jika  mereka sudah tua .Usia tua itu sebenarnya menggambarkan pelbagai pengalaman dan pengorbanan mereka ketika membesar kan anak². Oleh itu, jagalah hati kedua-dua ibu bapa.

itu sahaja cerita aku pada hari ini...
aku harap ia dapat menjadi satu pengajaran...
utk diri aku dan semua yg membace...
sayangi ibu bapa anda...
sekian...
salam...

Followers